Friday, 28 November 2014

https://drive.google.com/file/d/0B_Zj3FIvzKz3dEJSUEVjZGFtNDg/view?usp=sharing

Thursday, 27 November 2014

Objektf Pengajaran : Sembelihan Korban

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran             : pendidikan syariah islamiah
Tarikh                          : 1 November 2013                                      
  Tingkatan                   : 4  Bijak
Masa                            : 8.20-9.40                                                     
Bilangan Murid           : 39 orang
Tajuk Umum               : Ibadah
Tajuk Pelajaran            : Sembelihan, Korban, Aqiqah serta Fadhilatnya.
Objektif Am                 : Korban melatih individu berkorban harta untuk mendapat keredhaan
                                       Allah.


Hasil Pembelajaran    : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

(1)        Mengenalpasti waktu untuk melakukan ibadah korban.
(2)        Mengenalpasti ciri-ciri haiwan yang boleh dijadikan korban.
(3)        Menghuraikan cara pembahagian daging korban.


Kemahiran Berfikir   : Pelajar dapat mengimbas sirah peristiwa korban nabi Ibrahim a.s keatas
                                    anaknya Nabi Ismail a.s.

Penghayatan Nilai      : Pelajar dapat memupuk sifat ikhlas dalam diri dan sanggup berkorban
                                     mengikut kemampuan.`
                                    : Meningkatkan rasa syukur dalam diri terhadap rezeki Allah.

Penghubung Jalinan: Sains    : Haiwan di sembelih dengan cara Islam lebih selamat untuk
                                                dimakan.

 Ibadah                                   : Sedekah meningkatkan iman.


Pengetahuan Sedia Ada         : Pelajar boleh membaca dan menulis jawi.
                                                Pelajar mengetahui ibadah korban di lakukan di dalam bulan
                                                Zuhijjah.

Isi Pelajaran:  1- Pengertian dan hukum ibadah korban.
                        2- Waktu menunaikan ibadah korban dan syarat sah korban.
                        3- Ciri- ciri binatang yang sah dijadikan korban.
                        4- Pembahagian daging korban.
                        5-Hikmah melaksanakan ibadah korban.


Soalan Pengukuhan ( Aneka Pilihan ) Zikrulliah Pengubat Hati

BAHAGIAN A
(OBJEKTIF )
ANEKA PILIHAN

1    1)      Berikut adalah sebab-sebab islam mengalakkan umatnya berzikir

I    membentuk peribadi mulia
II   memperolehi kejayaan hidup
III  menjauhkan diri dari hasutan syaitan
Iv  supaya dihormati dan disegani oleh orang lain

A i dan ii
B I dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

2.  Manakah Antara berikut tidak benar mengenai kepentingan beradab ketika berzikir?

A zikir diterima oleh allah swt
B zikir dapat menghapuskan dosa besar
C mencontohi sunnah rasulullah saw
D dapat mendisiplin diri dengan beribadat

3.  Berikut merupakan jenis-jenis ikir kecuali

A takbir
B tasbih
C tauhid
D hauqalah

4.  Tingkah laku yang tidak beradab ketika berzikir ialah

A menggunakan suara yang nyaring
B tidak berzikir
C perbanyakkan zikir dalam suasan genting
D berzikir dengan lafazz tertentu mengikut keadaan dan tempat

KEPELBAGAIAN STRATEGI DALAM PENYELESAIAN MASALAH (KBAT)

 KEPELBAGAIAN STRATEGI DALAM PENYELESAIAN MASALAH
Strategi juga merujuk kepada prosedur yang akan membantu anda untuk memilih pengetahuan dan kemahiran yang digunakan di semua langkah penyelesaian masalah. Strategi yang dipilih harus fleksibel agar dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan.   
Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pembelajaran dan pengajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti berikut :
ü  Memahami dan mentafsirkan masalah
ü  Merancang strategi penyelesaian
ü  Melaksanakan strategi
ü  Menyemak semula penyelesaian
Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah, termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan Matematik apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi penyelesaian masalah yang boleh dipertimbangkan :
Cuba jaya / teka uji
  1. Membina senarai / jadual / carta yang sesuai
  2. Mengenal pasti kemungkinan
  3. Menggunakan algebra
  4. Mengenal pasti pola
  5. Melukis gambarajah
  6. Guna Kaedah Unitari
  7. Guna Model
  8. Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
10. Guna rumus
11. Guna analogi / perbandingan
12. Lakonan / ujikaji
13. Mempermudahkan masalah
14. Membuat anggaran
15. Mental arimetik
4.1       Strategi  : (Cuba jaya / Mengenal pasti kemungkinan / Melukis     gambarajah / Guna rumus)
Contoh soalan yang diberikan ini mempunyai pelbagai strategi penyelesaian masalah.
Contoh Soalan:
Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24 cm untuk membentuk satu rangka segiempat dengan luas yang maksimum. Apakah panjang dan lebar bentuk segi empat itu?
Penyelesaian :

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

1.0         PENDAHULUAN 
Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.

2.0         KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
KBAT

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.


Nota Bahagian Tamadun islam : Nota Ringkas Kerajaan Abasiyah

Keunggulan dan Kemerosotan Kerajaan Abasiyah
Umat islam telah mendapat tempat di mata dunia apabila pada awal pemerintahan telah berjaya mengecapi kegemilangan pada pertengahan 700 masihi rentetan daripada kesungguhan Rasullulah s.a.w menyebarkan dakwah. Hal ini maklum dengan kemunculan kerajaan Abasiyah dengan memperkenalkan pelbagai inovasi dan juga kemodenan yang membuka mata dunia terhadap kehebatan Islam. Ini dilihat apabila aspek pemerintahannya sahaja sudah mengamalkan sistem pemerintahan berpusat yang mana diketuai oleh seorang khalifah. Ia diperkasakan oleh Dewan Baird (jabatan pos dan penerangan). Keadilan pemerintahan dilihat pada penubuhan Jabatan Kehakiman yang turut dibantu oleh Jabatan Unit dan Kawalan.
Manakala dari aspek ekonomi, kekayaan kerajaan bertitiktolak dari pertanian, perindustrian dan perdagangan. Hasil kerajaan adalah daripada cukai tanah dan menaik tarafkan sektor saliran dan tali air. Ini membuatkan pendapatan negara meningkat dan berjaya mendominasi pasaran antara bangsa. Pada aspek perindustrian kerajaan telah mempergiat pengeluaran barangan yang pelbagai jenis, di samping menitikberatkan kualiti yang tinggi. Kepesatan ekonomi dilihat pada Kota Baghdad yang menjadi titik pertemuan para perdagang dari timur dan barat.
Tambahan pula, keperihatinan kerajaan kepada rakyat tidak dilupakan. Pelbagai infrastruktur dan kemudahan intelektual disediakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Lihat sahaja kepada banjiran bangunan hospital, sekolah, perpustakaan, pusat perniagaan, hotel dan sebagainya. Kecanggihan intelektual anak bangsa, dilihat dengan kebijaksanaan bukan sahaja pada bidang fardu ain, malahan fardu kifayah yang telah berjaya mengharumkan nama negara.
Turut tidak ketinggalan, kekuatan sektor pertahanan negara, keanggotaannya telah dibuka secara luasnya kepada rakyat dan juga kepada mereka yang bukan anak watan negara seperti Parsi dan Turki. Ini adalah bagi membuka interaksi dan memperolehi idea yang hebat dari pelbagai jenis kaum. Hasilnya, perluasan kuasa telah berjaya menghalang aktiviti pemberontak bagi merencatkan kegemilangan islam.


Faktor Kegemilangan Kerajaan Abasiyah
1.      Kestabilan politik :
Khalifah Harun Al-Rasyid beserta panglima-panglimanya telah berjaya memerangi aktiviti pemberontak dan perbalahan kaum khususnya dari puak Syiah.

2.      Dasar politik kerajaan Abasiyah :
Tumpuan utama adalah memberi kebajikan secara maksimum kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Turut serta hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara luar.

3.      Kedudukan Baghdad yang strategik :
Kedudukannya di tengah-tengah bandar para perdagang timur dan barat menjadi titik pertemuan sebagai pusat perlabuhan tersohor di seluruh dunia.

4.      Perpaduan antara kaum :
Negara telah didiami pelbagai lapisan bangsa tanpa memberi sedikit pun diskriminasi kepada mana-mana pihak. Kerajaan telah memberi peluang untuk penjawat awam berkecimpang berdasarkan kredibiliti diri. Bagi yang bukan islam mereka bebas melaksanakan ajaran masing-masing.

5.      Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat :
Syariat islam telah dilaksanakan secara menyeluruh dalam urusan muamalat. Ini dikukuhkan dengan kemunculan idea sejarahwan yang terdiri dari Imam Bukhari, Iman Muhammad Al-Syaibani dan al-Kasani. Dengan kemunculan penulisan ini, ia menjadi rujukan bagi individu yang menceburi bidang perekonomian.





Faktor Kemerosotan Kerajaan Abasiyah
Kerajaan Abasiyah telah mengalami kejatuhan pada 15 Muharram 656 hijriah bersamaan 22 Januari 125 Masihi.
1.      Kelemahan pemerintahan kerajaan Abasiyah :
Usaha Mutawakal yang dilantik berdasarkan keputusan mesyuarat pegawai-pegawai tertinggi kerajaan menggantikan putera Wathi’ billah bin Mu’tasim gagal kerana pengaruh Turki dan Parsi dalam menguasai percaturan politik kerajaan Abasiyah.

2.      Perpecahan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Abasiyah :
Kebanyakan jawatan-jawatan penting kerajaan yang disandang oleh pegawai-pegawai Turki dan Parsi membuka ruang kepada mereka untuk membentuk kerajaan sendiri.

3.      Perebutan kuasa :
Panglima-panglima perang dalam kalangan pegawai-pegawai Turki bertindak sebagai penguasa apabila jawatan khalifah sering bertukar dan menjadi rebutan, kesan kepada berlakunya perebutan kuasa antara Muntasir dan Mu’tazir.

4.      Kegawatan ekonomi :
Pedagang luar tidak berdagang di Baghdad kerana berlakunya rusuhan dan pemberontakan yang sering kali mengganggu perekonomian.

5.      Perselisihan aliran fahaman keagamaan :
Pemberontak daripada keluarga Syiah dan Khawarij beriktikad bahawa jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin-pemimpin kumpulan mereka.

6.      Serangan dari luar :
Musuh yang datang dari utara, barat, dan timur menyebabkan kerajaan Abasiyah semakin lemah. Tentera Monggol mengambil peluang menawan Kota Baghdad. Mereka bertindak ganas dan kejam dan membakar segala khazanah ilmu yang dihasilkan oleh umat Islam.


Ikhtibar Sejarah Kegemilangan
Kegemilangan zaman keemasan islam, telah dicatatkan didalam karya Robert Briffault yang berjudul The Making of Humanity. Ini dijelaskan sendiri pada zaman Renaissance yang mana kemenangan tentera kristian dalam perang salib telah merampas hampir keseluruhan ilmu pengetahuan yang telah digarap oleh umat islam ditahap kegemilangan ketika itu. Mereka telah menterjemahkan ilmu-ilmu yang berkembang rancak di Sicily dan Andalus berbahasa mereka. Kerakusan mereka turut dilihat menerusi peniruan tektik peperangan dan pembuatan alat senjata serta kecanggihan kubu pertahanan contohnya Chateau Gaillard. Justeru, peristiwa ini tidak seharusnya berulang kembali dan harus diambil ikhtibar, supaya nasib umat islam tidak sentiasa tertindas.

Iktibar Sejarah Kemerosotan

Kebanyakan faktor kejatuhan kerajaan Abasiyah adalah berkaitan konflik dalaman yang parah yang mendedahkan kerajaan Abasiyah kepada musuh-musuh luar yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkannya. Maka, nilai-nilai perpaduan perlulah dipupuk dan dikekalkan agar sejarah hitam tidak berulang lagi.


  

Objektif Pengajaran

Rancangan Pengajaran Harian


Tingkatan                    : 1 Angkasa
Hari                             : Rabu
Tarikh                          : 2 ogos 2013
Masa                            : 08.00 – 08.20 pagi (30 minit)
Bilangan pelajar           : 28 orang pelajar
Tajuk                            : Solat sunat Hari Raya Aidilfitri
Mata Pelajaran             : Pendidikan Islam
Kata Kunci                   : Solat sunat, Kelebihan menunai solat sunat
Tujuan Am                  :  Pelajar Dapat Memahami Konsep Solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Dapat                                         Mengamalkannya.

Objektif Pengajaran    : Di akhir pembelajaran ini murid dapat :
·         Menyebut  Pengertian solat sunat hari raya.
·         Melafaz niat dan tasbih solat sunat hari raya aidilfitri.
·         Menerangkan hikmah solat sunat hari raya.
 

Nilai Murni                    : rajin beramal, menjaga silatulrahim.
Kemahiran Berfikir        : Menghafaz, Membuat Urutan, Menyenaraikan
Kaedah Pengajaran        : tunjuk ajar, Soal Jawab dan Aktiviti
Bahan Bantu Mengajar   : Video solat sunat hari raya, Kertas  A4 
Bahan Rujukan              : Buku Teks, Buku Rujukan
Pengetahuan Lepas        : Murid Sudah Biasa solat sunat di sekolah.