Thursday, 27 November 2014

Nota Bahagian Tamadun islam : Nota Ringkas Kerajaan Abasiyah

Keunggulan dan Kemerosotan Kerajaan Abasiyah
Umat islam telah mendapat tempat di mata dunia apabila pada awal pemerintahan telah berjaya mengecapi kegemilangan pada pertengahan 700 masihi rentetan daripada kesungguhan Rasullulah s.a.w menyebarkan dakwah. Hal ini maklum dengan kemunculan kerajaan Abasiyah dengan memperkenalkan pelbagai inovasi dan juga kemodenan yang membuka mata dunia terhadap kehebatan Islam. Ini dilihat apabila aspek pemerintahannya sahaja sudah mengamalkan sistem pemerintahan berpusat yang mana diketuai oleh seorang khalifah. Ia diperkasakan oleh Dewan Baird (jabatan pos dan penerangan). Keadilan pemerintahan dilihat pada penubuhan Jabatan Kehakiman yang turut dibantu oleh Jabatan Unit dan Kawalan.
Manakala dari aspek ekonomi, kekayaan kerajaan bertitiktolak dari pertanian, perindustrian dan perdagangan. Hasil kerajaan adalah daripada cukai tanah dan menaik tarafkan sektor saliran dan tali air. Ini membuatkan pendapatan negara meningkat dan berjaya mendominasi pasaran antara bangsa. Pada aspek perindustrian kerajaan telah mempergiat pengeluaran barangan yang pelbagai jenis, di samping menitikberatkan kualiti yang tinggi. Kepesatan ekonomi dilihat pada Kota Baghdad yang menjadi titik pertemuan para perdagang dari timur dan barat.
Tambahan pula, keperihatinan kerajaan kepada rakyat tidak dilupakan. Pelbagai infrastruktur dan kemudahan intelektual disediakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Lihat sahaja kepada banjiran bangunan hospital, sekolah, perpustakaan, pusat perniagaan, hotel dan sebagainya. Kecanggihan intelektual anak bangsa, dilihat dengan kebijaksanaan bukan sahaja pada bidang fardu ain, malahan fardu kifayah yang telah berjaya mengharumkan nama negara.
Turut tidak ketinggalan, kekuatan sektor pertahanan negara, keanggotaannya telah dibuka secara luasnya kepada rakyat dan juga kepada mereka yang bukan anak watan negara seperti Parsi dan Turki. Ini adalah bagi membuka interaksi dan memperolehi idea yang hebat dari pelbagai jenis kaum. Hasilnya, perluasan kuasa telah berjaya menghalang aktiviti pemberontak bagi merencatkan kegemilangan islam.


Faktor Kegemilangan Kerajaan Abasiyah
1.      Kestabilan politik :
Khalifah Harun Al-Rasyid beserta panglima-panglimanya telah berjaya memerangi aktiviti pemberontak dan perbalahan kaum khususnya dari puak Syiah.

2.      Dasar politik kerajaan Abasiyah :
Tumpuan utama adalah memberi kebajikan secara maksimum kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Turut serta hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara luar.

3.      Kedudukan Baghdad yang strategik :
Kedudukannya di tengah-tengah bandar para perdagang timur dan barat menjadi titik pertemuan sebagai pusat perlabuhan tersohor di seluruh dunia.

4.      Perpaduan antara kaum :
Negara telah didiami pelbagai lapisan bangsa tanpa memberi sedikit pun diskriminasi kepada mana-mana pihak. Kerajaan telah memberi peluang untuk penjawat awam berkecimpang berdasarkan kredibiliti diri. Bagi yang bukan islam mereka bebas melaksanakan ajaran masing-masing.

5.      Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat :
Syariat islam telah dilaksanakan secara menyeluruh dalam urusan muamalat. Ini dikukuhkan dengan kemunculan idea sejarahwan yang terdiri dari Imam Bukhari, Iman Muhammad Al-Syaibani dan al-Kasani. Dengan kemunculan penulisan ini, ia menjadi rujukan bagi individu yang menceburi bidang perekonomian.





Faktor Kemerosotan Kerajaan Abasiyah
Kerajaan Abasiyah telah mengalami kejatuhan pada 15 Muharram 656 hijriah bersamaan 22 Januari 125 Masihi.
1.      Kelemahan pemerintahan kerajaan Abasiyah :
Usaha Mutawakal yang dilantik berdasarkan keputusan mesyuarat pegawai-pegawai tertinggi kerajaan menggantikan putera Wathi’ billah bin Mu’tasim gagal kerana pengaruh Turki dan Parsi dalam menguasai percaturan politik kerajaan Abasiyah.

2.      Perpecahan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Abasiyah :
Kebanyakan jawatan-jawatan penting kerajaan yang disandang oleh pegawai-pegawai Turki dan Parsi membuka ruang kepada mereka untuk membentuk kerajaan sendiri.

3.      Perebutan kuasa :
Panglima-panglima perang dalam kalangan pegawai-pegawai Turki bertindak sebagai penguasa apabila jawatan khalifah sering bertukar dan menjadi rebutan, kesan kepada berlakunya perebutan kuasa antara Muntasir dan Mu’tazir.

4.      Kegawatan ekonomi :
Pedagang luar tidak berdagang di Baghdad kerana berlakunya rusuhan dan pemberontakan yang sering kali mengganggu perekonomian.

5.      Perselisihan aliran fahaman keagamaan :
Pemberontak daripada keluarga Syiah dan Khawarij beriktikad bahawa jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin-pemimpin kumpulan mereka.

6.      Serangan dari luar :
Musuh yang datang dari utara, barat, dan timur menyebabkan kerajaan Abasiyah semakin lemah. Tentera Monggol mengambil peluang menawan Kota Baghdad. Mereka bertindak ganas dan kejam dan membakar segala khazanah ilmu yang dihasilkan oleh umat Islam.


Ikhtibar Sejarah Kegemilangan
Kegemilangan zaman keemasan islam, telah dicatatkan didalam karya Robert Briffault yang berjudul The Making of Humanity. Ini dijelaskan sendiri pada zaman Renaissance yang mana kemenangan tentera kristian dalam perang salib telah merampas hampir keseluruhan ilmu pengetahuan yang telah digarap oleh umat islam ditahap kegemilangan ketika itu. Mereka telah menterjemahkan ilmu-ilmu yang berkembang rancak di Sicily dan Andalus berbahasa mereka. Kerakusan mereka turut dilihat menerusi peniruan tektik peperangan dan pembuatan alat senjata serta kecanggihan kubu pertahanan contohnya Chateau Gaillard. Justeru, peristiwa ini tidak seharusnya berulang kembali dan harus diambil ikhtibar, supaya nasib umat islam tidak sentiasa tertindas.

Iktibar Sejarah Kemerosotan

Kebanyakan faktor kejatuhan kerajaan Abasiyah adalah berkaitan konflik dalaman yang parah yang mendedahkan kerajaan Abasiyah kepada musuh-musuh luar yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkannya. Maka, nilai-nilai perpaduan perlulah dipupuk dan dikekalkan agar sejarah hitam tidak berulang lagi.


  

No comments:

Post a Comment